suria

KPN Minta Orang Ramai Waspada Artikel Sarawak Report

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap khabar angin yang didakwa oleh sebuah artikel Sarawak Report.

"Laporan-laporan seperti ini tidak sah asal usulnya, akan mengelirukan orang ramai. @PDRMsia diminta hentikan khabar angin ini," katanya menerusi kenyataan di akaun twitternya @KBAB51 pada Khamis.

Kenyataan itu turut dikongsikan bersama paparan skrin sebuah artikel Sarawak Report "Arrest warrant for the Prime Minister' (Waran tangkap terhadap Perdana Menteri). 

Laman web itu membuat dakwaan menerusi laporan terbaharunya bahawa Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat dari jawatannya sebagai Peguam Negara kerana mahu mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Minggu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses laman web Sarawak Report.


Sarawak Report, Khalid Abu Bakar

Artikel Lain