Setiausaha Pas kawasan Kuala Terengganu Mohd Soud @Said @Mat Ali berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat semalam dan berpegang kepada satu pekeliling tentang GHB yang dikeluarkan Ibu pejabat PAS Pusat.
"Sebagaimana yang dimaklumi bahawa beliau (Raja Kamarul Bahrin) telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Pengerusi GHB Terengganu dalam himpunan GHB di Jerteh, Besut pada 31 Julai lalu dan beliau telah memperakui menerimanya," katanya dalam satu kenyataan.
GHB ditubuhkan beberapa pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti Jun lalu.
Pada pilihan raya umum ke-13, Raja Kamarul Bahrin menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 10,785 undi atas tiket PAS mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Mohd Zubir Embong dan calon Bebas Maimun Yusof.