"Saya telah meminta pihak polis menyiasat perkara itu. Jangan menyesal. Mereka yang menyebarkan khabar angin itu perlu membayar 'harga yang besar'.
"Jangan sebarkan pembohongan hodoh. Laman rangkaian sosial adalah di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Jangan buruk-burukkan nama saya. Niatnya adalah untuk menggambarkan bahawa saya tidak biasa dengan undang-undang," kata Dr Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Bahagian Bayan Baru di Hotel Equatorial, Ahad.
"Tarik balik pembohongan anda sekarang. Jangan mempermainkan saya.
"Jika pihak polis berjaya menyiasat pelakunya, tiada maaf bagimu," kata Dr Ahmad Zahid.