PUTRAJAYA: Kedua-dua pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pemindahannya ke Jabatan Perdana Menteri dibatalkan memilih untuk menutup mulut masing-masing. "Tanya bos saya, beliau sudah kembali," jelas Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin kepada pihak wartawan yang menunggunya ketika beliau meninggalkan ibupejabat SPRM pada pukul 1.30 petang Isnin. Beliau terus bergegas ke kenderaan yang sedang menunggunya di luar bangunan sebaik sahaja keluar dari bangunan itu. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull tiba di rumah pada malam Ahad selepas lawatan rasmi ke New York. Manakala Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob yang ditukarkan bersama Bahri menunjukkan 'mood' yang baik dan melemparkan senyuman kepada pihak media yang berada di situ. Rohaizat berada di luar ibupejabat SPRM di Putrajaya, Isnin. Bagaimana pun, beliau enggan memberi sebarang komen mengenai keputusan kembali bertugas di posisi lamanya.