suria

Khairy Sambut Baik Pembatalan Perpindahan Dua Pegawai SPRM Ke JPM

KUALA LUMPUR: Pembatalan perpindahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri yang dibuat pada Isnin merupakan tindakan bijak dan wajar diambil, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. 

"Ia satu perkembangan yang positif," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan pada sidang media selepas sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri kementerian itu di Bukit Jalil di sini.

Dua pegawai SPRM itu ialah Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.

Sebelum ini, kedua-duanya dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dan diminta melapor diri hari ini. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan pada Isnin membatalkan pertukaran tersebut setelah mereka memberi penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media sebelum ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata beliau gembira perundingan itu berjalan dengan baik dan kedua-dua pegawai itu dikembalikan semula jawatan mereka.

Low, yang bertanggungjawab dalam tadbir urus dan integriti, turut menegaskan tentang kepentingan melindungi kebebasan institusi seperti SPRM. 

SPRM, Khairy Jamaluddin

Artikel Berikut

Artikel Lain