Kedua-dua lelaki berkenaan, Adrian Lim, 24, dan Mohamad Faddhil, 21, telah dibebaskan daripada tahanan polis sekitar tengah malam Khamis kerana mereka tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata polis yang membuat rondaan ternampak tiga lelaki sedang memasang banner di sepanjang Jalan Changgai kira-kira pukul 10.30 malam Rabu.
"Mereka memberhentikan kenderaan mereka untuk melakukan pemeriksaan terhadap tiga lelaki itu, tetapi kumpulan itu melarikan diri ke bangunan di PJ New Town.
Azmi berkata polis membuat tangkapan kerana perbuatan kumpulan itu melarikan diri membangkitkan syak wasangka.
"Kami melepaskan mereka selepas kes itu dirujuk kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)," katanya.
Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Michelle Yesudas hadir di ibu pejabat polis untuk membantu mereka dibebaskan.