suria

Rara Hadir Beri Keterangan

Young Syefura Othman.

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan ikon muda DAP, Young Syefura Othman selama 20 minit pada Jumaat berhubung siasatan kes hasutan mengenai satu kenyataan berkaitan institusi raja di media sosial pada 2014.

Kelewatan memanggil Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, dakwa peguam Gobind Singh Deo adalah disebabkan polis tidak dapat mencarinya selama lebih setahun.

"Pegawai penyiasat berkata alamat rumahnya yang diberikan tidak lengkap, jadi mereka gagal mengesannya," kata Gobind.

Rara memasuki balai polis Dang Wangi kira-kira pukul 10 pagi dan disoal siasat berhubung satu paparan skrin yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Dalam posting tersebut Rara didakwa mengeluarkan kenyataan beserta hastag "#Sultanbukantuhan".

Gobind berkata polis menyoal siasat Rara berhubung ketulenan paparan skrin tersebut dan dia dibebaskan selepas memberikan kerjasama dengan mereka.

Ketua Penyiasat Polis Dang Wangi, M Gunalan mengesahkan kenyataan Rara sudah diambil tetapi menafikan polis tidak dapat mengesannya selama lebih setahun.

"Siasatan hanya tertangguh. Ia hanya kenyataan yang kecil," katanya.


Syefura Othman, Rara

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan