Datuk Ismail Kijo berkata ahli parti perlu melihat contoh pengikut-pengikut parti pembangkang.
"Tengok mereka, ketua mereka telah dibuktikan bersalah dan semua orang tahu, tetapi pengikut-pengikutnya masih menyokongnya.
"Mereka sanggup melakukan protes dan perhimpunan untuk menunjukkan sokongan mereka kepada ketua mereka, jadi mengapa kita tidak boleh untuk sekurang-kurangnya bersatu dalam menyokong pemimpin kita," katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan di sini.
"Perkara-perkara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh memecahbelahkan kita.
"Kita perlu berdisiplin untuk bekerjasama dan mencapai apa yang presiden mahu, dan itulah keputusannya," katanya.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar juga menyeru ahli Umno supaya menyokong presiden dan bersabar sementara menunggu siasatan 1MDB.
"Jika ia mengambil masa enam bulan lagi, bersabar sahaja dan bukannya terus membuat kesimpulan mengenai perkara itu.
"Undang-undang kita dengan jelas menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Malangnya, dalam kes ini, yang tertuduh perlu membuktikan dirinya tidak bersalah," katanya.