Bank pusat itu dijangka meneruskan usaha untuk menyerap lebihan dana dalam pasaran yang kebanyakannya daripada pasaran wang matang, kata seorang peniaga.
Bagi minggu yang baharu berakhir, BNM campur tangan setiap hari dengan melaksanakan tender konvensional, Program Komoditi Murabahah, Qard, lelongan matang dan repo.
Pada Jumaat, tindakan bank pusat itu membantu mengurangkan jumlah lebihan tunai di pasaran kepada RM30.68 bilion dalam sistem konvensional dan RM5.43 bilion dalam dana Islam.
Sementara itu, penanda aras kadar antara bank tiga bulan pada 3.69 peratus.