suria

Empat Anggota TLDM Ditemui Selemat Selepas Hilang Di Perairan Sabah

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dinaiki empat anggota ditemui selamat pada Sabtu selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas di perairan Sabah sejak dua hari lepas.

Menurut kenyataan Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan, bot tempur atau 'Rigid Hull Inflatable Boat' (RIB) bersama empat anggota itu ditemui oleh kapal KD Lekir pada pukul 10.30 pagi.

Difahamkan bot RIB itu dilaporkan hilang ketika melakukan rondaan berhampiran Stesen PAPA TLDM iaitu di tengah Terumbu Peninjau, kira-kira 70 batu nautika timur laut Terumbu Layang-Layang, Khamis lepas.

Menurut kenyataan itu, berikutan insiden itu, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan dengan kekuatan lima kapal TLDM, dua kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pesawat AW 139.

Bilik Operasi CARILAMAT ditubuhkan di Markas Wilayah Laut 2 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan operasi tersebut ditamatkan pada pukul 12 tengah hari selepas semua empat anggota itu diselamatkan. - Bernama

TLDM

Artikel Lain