PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan kira-kira 4,000 peserta #RunWithUs 2015 di Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini, pagi Ahad. Perdana Menteri tiba di dataran pada 6.45 pagi dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada para peserta. Acara berkenaan dianjurkan bersama oleh AstiRunners yang merupakan sekumpulan pelari dari Alumni Sekolah Menengah Sains Teluk Intan dan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Acara larian ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan menyumbang bakti kepada masyarakat pelari di negara ini yang berkongsi serta menyokong pengalaman AstiRunner untuk mengubah gaya hidup yang positif. Selain ketegori 5km dan 12km untuk lelaki dan wanita, larian berkenaan turut menggalakkan penyertaan kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas dalam acara '5km Fun Run'. Sebaik acara pelepasan dilakukan, orang ramai mengambil peluang untuk beramah mesra, bersalaman dan berselfie dengan Perdana Menteri.