PETALING JAYA: Bersih 4.0 akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun tarikhnya sama dengan latihan perarakan Hari Merdeka, kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Maria berkata penganjur demonstrasi akan bertemu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa untuk membincangkan perkara itu. "Kita akan bertemu DBKL, tetapi buat masa ini perhimpunan tersebut akan berjalan seperti yang dirancang," katanya, "Kita akan cuba untuk pergi sehampir yang boleh (ke Dataran Merdeka) tetapi kita tidak akan mengganggu latihan ini," kata beliau, sekiranya latihan perarakan diadakan serentak dengan perhimpunan tersebut. Sambutan tahunan Hari Merdeka adalah pada 31 Ogos, dengan latihan biasanya diadakan beberapa hari sebelum tarikh itu. Mengenai pra pelancaran perhimpunan yang dirancang pada Jumaat, penganjur berkata ia akan menggerakkan kira-kira 2,000 sukarelawan untuk memastikan pengurusan keselamatan dan orang ramai. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada sukarelawan PAS, Unit Amal akan membantu.