Malindo Air dalam satu kenyataan berkata penumpang boleh menukar tarikh dan masa penerbangan mereka sehingga 24 jam sebelum berlepas bagi keselesaan mereka kerana tiada had kepada penukaran yang dibenarkan.
"Kempen 'No Change Fee' sah bagi semua tempahan tiket sedia ada dan baharu dan tidak terpakai kepada tambang 'promo'," kata syarikat penerbangan itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy, berkata Malindo Air merupakan syarikat penerbangan tempatan pertama menawarkan perkhidmatan seumpama itu.
"Kami percaya dengan kempen 'No Change Fee', ditambah dengan tambang tokokan nilai dan perkhidmatan berkualiti kami, akan menggalakkan lebih banyak lagi perjalanan udara dan meningkatkan ekonomi," katanya.