Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Sakib Kusmi berkata Imigresen tidak akan mengusir Jessica walaupun taraf penduduk tetapnya (PR) telah dibatalkan.
"Tidak ada keperluan untuk mengusir dia. Dia boleh memohon pas khas atau pas lawatan sosial memandangkan dia berkahwin dengan rakyat Malaysia," katanya pada Ahad.
Ditanya sama ada Jessica masih berada di Malaysia, Sakib enggan mengulas.
Jessica sudah menetap di Malaysia selama lebih 20 tahun sebelum tindakan secara drastik dalam beberapa hari ini, yang bermula dengan siasatan pihak berkuasa terhadapnya dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Rashpal Singh berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang dikatakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.