BUTTERWORTH: Anggota-anggota MCA dinasihat tidak menyertai atau terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 4 di ibu negara, kata Naib Presiden parti itu Datin Paduka Chew Mei Fun. "MCA tidak galakkan anggota parti menyertai perhimpunan Bersih 4," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Anugerah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) peringkat Pulau Pinang di sini, Jumaat. Sementara itu, Chew yang juga Timbalan Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggesa golongan wanita merebut peluang dan kemudahan yang disediakan kerajaan untuk mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan. Beliau berkata bantuan kewangan dan latihan sudah lama diwujudkan oleh kerajaan bagi memastikan usahawan wanita lebih berdaya saing dalam pasaran perniagaan yang semakin mencabar. "Adalah menjadi agenda kerajaan untuk meningkatkan jumlah usahawan wanita. Oleh itu, kami di kementerian memberi peluang kepada mereka dengan pelbagai pakej bantuan untuk meneroka bidang perniagaan...gunakanlah peluang yang diberikan ini sebaik mungkin," katanya. Pada masa ini, terdapat 19.7 peratus wanita terlibat dalam IKS dan pihaknya menyasarkan peningkatan kepada 30 peratus wanita menceburi bidangitu menjelang tahun depan.