suria

Bersih 4.0: Peserta Perhimpunan Tunaikan Solat Zohor Berjemaah

KUALA LUMPUR: Ditengah-tengah suasana riuh rendah di hadapan kompleks Sogo, kelihatan sekumpulan penyokong Bersih 4.0 yang beragama Islam sempat menunaikan solat Zohor secara berjemaah pada Sabtu.

Terdahulu, kira-kira pukul 1.20 tengah hari, kedengaran laungan azan oleh peserta perhimpunan itu menandakan masuknya waktu Zohor.

Pihak penganjur Bersih 4.0 menyediakan ruang solat terbuka beralaskan kain rentang gergasi bagi memudahkan orang ramai untuk menunaikan solat.

Ruang solat berkenaan turut dikawal oleh anggota Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi mengelakkan orang awam melintasi kawasan tersebut.

Masyarakat yang bukan beragama Islam dilihat berdiam diri tanpa membuat sebarang bunyi bising bagi menghormati umat Islam menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Sekitar pukul 1.45 tengah hari, ruang solat berkenaan dialihkan bagi membolehkan acara perhimpunan diteruskan dengan ucapan pimpinan bersih 4.0 dan wakil parti pembangkang.

Zohor, Bersih 4.0, Perhimpunan, Sogo

Artikel Lain