suria

Umno Perlukan Pemimpin Disenangi, Boleh Suaikan Diri Untuk Menang PRU

Najib disambut orang ramai ketika tiba di Temerloh pada Sabtu. Foto: Bernama

TEMERLOH: Umno memerlukan lebih ramai pemimpin dan calon pemimpin yang memiliki kriteria mudah disenangi serta boleh menyesuaikan diri dengan rakyat dan persekitaran bagi memastikan parti itu dapat meraih kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.   

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata bagi rakyat, adalah penting untuk mempunyai pemimpin yang boleh membantu mereka dalam apa jua keadaan tanpa mengira masa terutamanya ketika ditimpa bencana.   

"Macam mana nak jadi likeable (disenangi)...kita kena beri service (perkhdimatan) kepada rakyat dalam apa jua keadaan.   

"Kalau Umno berjaya tonjolkan pemimpin dan bakal calon yang mempunyaiciri-ciri seperti ini, maka peratusan kita untuk menang adalah lebih tinggi," katanya.   

Najib yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno  Bahagian Temerloh dan Jamuan Rakyat di Dataran Bahaman, Lanchang dekat sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalannya yang juga Ketua Umno BahagianTemerloh Datuk Seri Sharkar Shamsuddin.   

Terdahulu, perdana menteri disambut meriah oleh lebih 5,000 hadirin serta pemimpin dan anggota Umno Bahagian Temerloh.   

Najib berkata jika Umno mempunyai ramai pemimpin yang mempunyaiciri-ciri berkenaan, mudah bagi pemimpin parti mengetengahkan mereka padapilihan raya umum akan datang.

"Seseorang pemimpin itu mestilah yang senang didekati dan boleh ditarik keatas ke bawah...macam saya, tiada masalah untuk beri ucapan pada Persidangan Bangsa Bersatu bersama-sama Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.   

"Dalam masa yang sama, saya juga tidak kekok untuk bersila bersama rakyat di surau-surau kampung," kata beliau.  

Pada masa sama, Najib menyeru anggota-anggota Umno supaya mengamalkankonsep 5S iaitu setia, servis (khidmat), santun, semangat dan solidariti bagi perkukuhkan parti.    

Beliau berkata dalam keadaan parti kini menghadapi cabaran getir dari pihak lawan, pemimpin-pemimpin Umno perlu terus menunjukkan kesetiaan dan kebersatuan kepada parti selain mempunyai semangat kental bagi menghadapi tentangan musuh secara habis-habisan.   

"Pemimpin Umno perlu sentiasa bersemangat, jangan sesekali lemah semangat walaupun diserang pihak lawan dari kiri dan kanan, lawan tetap lawan. Kesetiaan perlu ada kerana setia adalah asas kepada perjuangan.

"Jika seorang pemimpin itu seorang yang cerdik tetapi tidak setia, ada pula pemimpin yang kurang cerdik tapi setia, saya akan pilih pemimpin yang setia pada parti," katanya.   

Najib berkata kesantunan dalam parti juga perlu dijaga bagi memastikan perpaduan dalam kalangan anggota parti terus kukuh dan imej parti tidak tercalar.   

"Yang penting ialah perjuangan kita bersama Umno, jika ada kesantunan, selamatlah kita (bersama Umno)," katanya.

Artikel Lain