Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan akan diambil mengikut Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom) yang memperuntukkan hukuman berat.
"Saya harap mereka tahu bahawa Atipsom dikuatkuasakan beberapa waktu yang lalu.
"Pihak APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia akan melakukan siasatan bagi memperoleh maklumat berkenaan dan saya ingin memberitahu mereka yang telah 'memangsakan' Pati ini bahawa tindakan undang-undang di bawah Atipsom adalah berat," katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meminta pihak terbabit menghentikan segera aktiviti menyeludup masuk dan keluar Pati ke negara ini tanpa memikirkan aspek keselamatan.
"Jangan hanya fikir wang ringgit, fikir nyawa manusia ... saya minta mereka hentikan semua perancangan mereka ini," katanya.