suria

20 NGO Adakan Protes Terhadap Bersih, Alvin Tan

MELAKA: Kira-kira 1,500 ahli daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini mengadakan bantahan terhadap Bersih 4.0 dengan berjalan sepanjang satu kilometer dari Padang Nyiru ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pada Jumaat.

Wakil-wakil dari NGO itu juga membuat tiga laporan polis terhadap penganjur Bersih 4, individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penulis blog kontroversi Alvin Tan yang didakwa mengugut untuk merogol anak perempuan seorang pemimpin.

Ketua Pemuda Umno Melaka Zali Md Yasin berkata bantahan aman itu adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perhimpunan Bersih dan individu-individu yang cuba memburukkan nama pemimpin dan juga mewujudkan suasana tidak harmoni.

Beliau berkata, penunjuk perasaan tidak boleh bertindak melampaui batas dengan tidak menghormati pemimpin dan memijak gambar mereka.

"Kami semua juga menentang sekeras-kerasnya tindakan penulis blog Alvin Tan yang memperkecil-kecilkan orang Islam, orang Melayu dan juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya dengan menyentuh mengenai isu-isu agama yang sensitif," katanya.

Perarakan petang Jumaat menyaksikan penempatan 80 anggota polis untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Alvin Tan, Bersih 4, Zali Md Yasin

Artikel Lain