LABUAN: Sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dibina di sini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata penubuhannya di sini akan membantu meningkatkan integrasi nasional kerana pelajar dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan belajar bersama-sama di MRSM itu nanti. Pada masa yang sama GiatMara akan meningkatkan kemudahan lebih baik bagi industri berkaitan minyak dan gas di Labuan, katanya di sini Ahad. Ismail Sabri berkata kementeriannya juga akan membantu pogram pembangunan di pulau ini termasuk cadangan projek jambatan Labuan, isu tanah dan penempatan pakar perubatan.