suria

Kapal Pengangkut Pasir Langgar Bot Nelayan

Gambar hiasan.

KUANTAN: Sebuah kapal membawa muatan pasir dari Kemboja berlanggar  dengan sebuah bot nelayan di luar pesisir Kuala Terengganu pagi Isnin.

Pengarah Operasi Wilayah Maritim Timur, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Yusof Ali berkata insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 10.20 pagi.

Katanya, kapak MV Venus yang dalam perjalanan ke Singapura melanggar  bot nelayan terbabit pada kedudukan 60 batu nautika Timur Laut dari Kuala Terengganu.

"Menerusi maklumat terakhir yang diterima, anak kapal bot nelayan itu diselamat oleh bot lain. Kami perlu mengesan bot lain itu untuk mengetahui nasib nelayan berkenaan," kata Yusof di sini, Selasa.

Beliau berkata, selain bot pengawal 48, KM Sebatik dan KM Segantang turut dikerahkan ke tempat kejadian.

Katanya, berdasarkan pendaftaran bot nelayan itu, ia membawa 30 anak kapal.

MV Venus masih berada di lokasi kejadian dan tidak rosak.



bot nelayan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain