suria

Kevin Morais Dibunuh Kerana Kes Yang Dikendalikan - Adik

KUALA LUMPUR: Pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais ipercayai berkaitan kes yang dikendalikannya, kata adiknya, Datuk Richard Morais.

"Saya tidak tahu nak cakap apa. Ia bukan pembunuhan biasa.

"Semua tahu ia berkaitan kes yang dikendalikannya," katanya yang sebak ketika ditemui di luar Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Rabu.

Richard berkata, beliau tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan kematian abangnya yang berusia 55 tahun itu.

Mayat Morais ditemui dalam tong konkrit yang dibuang ke  sungai di Jalan Subang 3, USJ1 awal pagi Rabu.

"Dia seorang perahsia dan profesional dalam menjalankan tugasnya. Dia tidak berkongsi cerita dengan ahli keluarga mengenai kerjanya," katanya lagi.

Richard menggambarkan Kevin sebagai seorang yang tegas dan mengutamakan kerja serta undang-undang.

"Saya berterima kasih kepada polis, mereka menjalankan tugas dengan baik. Saya harap keadilan dapat ditegakkan," katanya.


Kevin Morais, HKL, USJ1

Artikel Lain