suria

Polis Digesa Siasat Kes Kevin Morais Secara Menyeluruh - Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menggesa pihak polis untuk menyiasat secara terperinci kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan jabatan itu, Anthony Kevin Morais bagi membolehkan pelakunya  didakwa.

Dalam satu kenyataan menerusi e-mel yang dihantar kira-kira 11.42 malam tadi, Jabatan Peguam Negara mahu melihat keadilan dan kebertanggungjawaban dalam kes berkenaan dilakukan.

"Sementara menghormati pemisahan fungsi antara penyiasat dan pendakwa, kami dengan tegas menggesa pihak polis untuk menyiasat secara menyeluruh kes ini bagi membolehkan petualangnya dikenal pasti, ditemui dan didakwa berlandaskan pematuhan undang-undang sepenuhnya.

"Ini sekurang-kurangnya apa yang dapat jabatan ini lakukan untuk membalas jasa salah seorang pegawai kami yang telah berkhidmat kepada negara dengan rasa bangga, profesional, penuh dedikasi serta komited sama ada di dalam dan luar negara.

"Morais sesungguhnya melambangkan perumpamaan melakukan pendakwaan tanpa rasa takut dan memihak sepanjang kariernya yang panjang dan cemerlang," kata jabatan tersebut.

Kevin Morais, Bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain