Presiden Gabungan NGO Melayu Malaysia itu berkata, pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan pembohongan itu.
"Saya ingin menegaskan bahawa Himpunan Rakyat Bersatu tidak ada kena mengena dengan Perdana Menteri dan kami tidak menerima apa-apa peruntukan daripada beliau atau Kerajaan untuk mengadakan perhimpunan," kata Jamal dalam satu kenyataan Khamis.
Beliau, bagaimanapun, mempersendakan pemimpin DAP Lim Guan Eng dengan berkata Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin boleh membayar RM30 juta untuk mengelakkan perhimpunan yang sama yang diadakan di negeri itu.
Kira-kira 50,000 orang menghadiri perhimpunan baju merah di Kuala Lumpur pada Rabu untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Bersih 4 dan DAP.