suria

Eric Paulsen Nafi Siar Gambar Himpunan Baju Merah Yang Dipalsukan

Salah satu gambar yang diambil dari akaun Twitter Ketua POlis Negara.
PETALING JAYA: Peguam Hak Asasi Manusia Eric Paulsen menafikan menyiarkan gambar perhimpunan baju merah yang dipalsukan di Facebooknya.

Pengasas Lawyers for Liberty itu menulis di Twitternya pada Khamis: "Posting ini adalah palsu, saya baru sahaja membuat laporan polis dan kenyataan saya telah direkodkan."

Beliau juga menggesa polis supaya menyiasat mereka yang bertanggungjawab terhadap posting itu.

Peguamnya, Michelle Yesudas menulis di Twitter: "Eric telah membuat laporan mengatakan bahawa posting itu adalah palsu dan berniat jahat."

"Eric telah memberikan kenyataan apabila beliau membuat laporan polis di IPD PJ terhadap posting palsu berkaitan baju merah.

"Ketua Polis Negara boleh merujuk kepada laporan yang difailkan oleh Eric di sana kira-kira jam 3 petang," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis di Twitter bahawa adalah baik untuk Paulsen membantu polis berhubung posting itu.

Imej-imej yang telah di'tweet' oleh Ketua Polis Negara menunjukkan perbandingan antara dua imej.

Salah satu imej menunjukkan penunjuk perasaan didakwa membawa sepanduk dengan ayat, 'Rakyat bersatu menolak penghinaan agama Islam sebagai agama persekutuan'.

Imej lain menunjukkan penghinaan kaum.

Imej-imej telah disertakan dengan kapsyen yang mengatakan, "Eric Paulsen menyunting gambar untuk memfitnah penunjuk perasaan daripada perhimpunan baju merah".

Artikel Sebelum

Artikel Lain