suria

Perlis Dilanda Banjir, Pusat Pemindahan Dibuka

KANGAR: Hujan lebat yang turun sejak tiga hari lalu menyebabkan beberapa kawasan rendah di negeri ini dinaiki air pada Khamis.

Menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perlis, sebuah pusat pemindahan telah dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Melaka di Batu Bertangkup membabitkan pemindahan 50 orang dari 12 keluarga pada pukul 9 pagi tadi.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut memaklumkan sebuah pusat pemindahan dibuka tengah hari tadi di Dewan Orang Ramai Kampung Panggas Besar yang melibatkan kira-kira 20 mangsa dari lima keluarga.

Difahamkan beberapa pusat pemindahan turut dibuka termasuk di pusat khidmat Mata Ayer dan Arau dengan jumlah mangsa yang dipindahkan belum dapat dipastikan.

Paras air di beberapa batang sungai seperti Sungai Pelarit, Sungai Jarum, Sungai Buluh dan Sungai Batu Pahat didapati melepasi paras bahaya.

Perlis, Banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain