suria

Pemimpin Pembangkang Perlu Selesai Segera Krisis Kerjasama - Azmin

Mohamed Azmin Ali
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali meminta pemimpin parti pembangkang segera menyelesaikan isu berbangkit termasuk mencari penyelesaian terhadap krisis kerjasama yang dihadapi pakatan itu kebelakangan ini.

Beliau berkata pemimpin ketiga-tiga parti komponen dalam gabungan pakatan itu tidak seharusnya menambah masalah yang sedia ada sebaliknya mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan krisis tersebut.

"Krisis yang melanda parti pembangkang kini perlu dilihat secara positif dan ia perlu digunakan sebagai platform untuk pemimpin-pemimpin parti yang terlibat untuk bermuhasabah diri memperbaiki keadaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, di sini, Isnin.

Gabungan parti pembangkang dilanda krisis apabila DAP sebelum ini mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan keputusan parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

PAS dalam muktamar tahunannya pada Jun lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP serta berpendirian untuk terus kekal dalam gabungan pembangkang.

Baru-baru ini, Abdul Hadi juga dilaporkan berkata PAS berkemungkinan tidak akan menyertai pakatan pembangkang baharu yang bakal dianggotai PKR, DAP dan beberapa bekas pemimpin PAS.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain