Beliau juga enggan memberi penjelasan mengenai perkembangan siasatan ke atas serangan 17 Ogos, yang mengorbankan 20 nyawa, kebanyakannya warga asing dan mencederakan lebih 100 yang lain.
Laporan terbaru menyatakan bahawa polis Malaysia telah menahan seorang lelaki kelihatan seperti suspek memakai baju-T kuning di mana gambarnya dirakamkan melalui CCTV sambil membawa beg sandang, dipercayai membawa bom.
Malaysia telah menghantar gambar lelaki yang ditangkap itu ke Thailand untuk pengesahan lanjut.
Polis turut menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam pengeboman itu dan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap 12 orang lain. - The Nation/ Asia News Network