Ia berikutan beliau berjaya menyelesaikan baki pinjaman RM400,000 terhadap pemiutang penghakiman, Datuk Misran Sukadi, Selasa lepas.
Peguam Ishak, CS Murtti berkata Hakim Datuk Kamaludin Md Said, membuat keputusan itu di dalam kamarnya.
"Sebagaimana keputusan mahkamah, perkara ini sudah berakhir. Bidang kuasa dan menerima perintah telah diketepi, bermaksud Datuk Ishak tidak muflis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.
Sementara itu, Ishak berkata beliau bersyukur kerana kes yang telah berjalan sejak Mac tahun ini berjaya diselesaikan dengan baik.