"Jenazah dua lagi jemaah haji dikenal pasti, bermakna kesemua jemaah haji Malaysia yang terkorban ditemui. Syurga tempat mereka Insya-Allah. Al-Fatihah," kata Perdana Menteri dalam laman twitternya Isnin.
Media melaporkan, dua lagi jemaah haji Malaysia ; Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah, yang hilang dalam tragedi itu disahkan terkorban selepas proses pengecaman jenazah dilakukan.
Sebelum ini, lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.
Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran.