Ketibaan Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, pada pukul 8.35 malam itu disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta timbalannya, Datuk Seri Hasan Malek.
Hadir sama, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Sebaik tiba, Ahmad Zahid menghadiri perjumpaan tertutup selama 30 minit dengan kepimpinan Umno negeri.
Perjumpaan tersebut disusuli dengan majlis beramah mesra dan jamuan malam bersama ahli jawatankuasa Umno bahagian dari seluruh negeri itu.