Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga mencapai kelajuan 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter.
Menurut kenyataan itu lagi, keadaan itu adalah berbahaya kepada bot kecil.
Selain itu, angin kencang barat daya dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu bermula Khamis berterusan sehingga Isnin ini.
Katanya, situasi angin kencang dan laut bergelora ini amat berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi, dan sukan laut.