suria

Peguam Negara Rayu Keputusan Batal Gantung The Edge

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi menarik balik perintah penggantungan terhadap dua penerbitan The Edge.

Notis rayuan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.

Pada Isnin, mahkamah membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan mulai 27 Julai lalu.

Hakim Asmabi Mohamad memerintahkan penggantungan itu ditarik balik dan mengarahkan KDN membayar RM15,000 sebagai kos kepada syarikat.

The Edge

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain