Hugo Jim, 22, yang memiliki sebuah kedai beg tangan di pintu masuk bahagian barat jalan ini berkata dia akan menutup kedainya untuk satu hari, sebagai langkah berjaga-jaga dan tidak mahu menyesal di kemudian hari.
"Ini adalah kawasan yang terdedah kepada bahaya. Tidak ada gunanya menentang mereka ini," katanya, merujuk kepada perhimpunan baju merah.
"Lebih baik untuk bercuti sehari," katanya.
Seseorang pemilik warung Melayu yang terletak bertentangan Kota Raya, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, berkata dia akan terus membuka perniagaan pada hari tersebut.
Katanya, pada perhimpunan lalu perniagaannya tidak terjejas walaupun ia terletak dekat dengan kawasan di mana berlakunya konfrontasi FRU dengan penunjuk perasaan.
"Kalau dia mengamuk, saya lari je," katanya.