suria

Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar AS

SINGAPURA: Nilai mata wang ringgit Malaysia dan rupiah Indonesia merosot ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun pada Selasa.

Ia berikutan kebimbangan berterusan terhadap keadaan ekonomi China dan global yang mempengaruhi sentimen risiko dan menjejaskan mata wang Asia.

Ringgit merosot ke paras terendah 4.4650 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut data Thomson Reuters, ia adalah paras terendah sejak Januari 1998.

Sementara itu, nilai rupiah Indonesia susut kepada 14,730 pada satu ketika, paras terendah sejak Julai 1998.

ringgit, susut

Artikel Sebelum

Artikel Lain