suria

SMK Tamparuli Raih RM50,000 Juarai Pertandingan AAY 2015

KUALA LUMPUR: Projek sistem amaran banjir, 'Awas! Bahaya Di Hadapan' yang dicipta oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, Sabah dinobatkan sebagai juara pertandingan Petronas 'All About Youth' 2015 (AAY 2015), Rabu.

Dua puluh pelajar tingkatan empat berkenaan menghasilkan sebuah sistem amaran banjir yang dipasang di bawah Jambatan Tamparuli untuk tujuan keselamatan penduduk di kawasan setempat.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof (tiga, kiri) menyampaikan hadiah utara, trofi dan sijil kepada pasukan SMK Tamparuli.

Ia adalah cetusan idea pelajar dengan bantuan dua guru, Ernest Kelly Subin, 31, yang mengajar subjek Biologi dan guru Matematik dan ICT, Vinddy Gabriel, 37,
serta seorang 'rakan', Mansor Salleh, 38, yang berkhidmat sebagai Pengurus Terminal Sepangar Bay di Kota Kinabalu.

Kejayaan SMK Tamparuli itu menewaskan enam buah sekolah dari Terengganu, Sarawak, Johor, Melaka dan Kelantan.

Pasukan SMK Tamparuli meraih RM50,000 selepas menjuarai pertandingan Petronas 'All About Youth' 2015 (AAY 2015).

Kemenangan itu membolehkan SMK Tamparuli membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Petronas, piala pusingan dan setiap anggota pasukan menerima RM1,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) masing-masing termasuk sijil penghargaan.  

Projek AAY 2015 berbentuk pertandingan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Petronas, bertujuan mengasah bakat, kreativiti dan kepimpinan yang dihubungkan dengan kesannya terhadap komuniti setempat.

SMK Tamparuli, Petronas

Artikel Lain