suria

Pekerja Binaan Warga Indonesia Mati Tertimbus

Gambar hiasan.
SHAH ALAM: Seorang pekerja binaan warga Indonesia mati tertimbus ketika menjalankan kerja mengorek tanah berdekatan Jalan Parang 19/8, Seksyen 19 di sini, Isnin.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mangsa dikenali sebagai Jalmi, berumur dalam lingkungan 20-an ditemui terperangkap di bawah timbunan tanah sedalam kira-kira tiga meter.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 10.30 pagi tadi dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian," katanya.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat. - BERNAMA
maut, tertimbus

Artikel Berikut

Artikel Lain