suria

AirAsia Tidak Tahu Menahu Tentang Laporan Penswastaan

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd tidak mempunyai pengetahuan mengenai laporan media yang mengatakan bahawa ia akan dijadikan syarikat  persendirian.

Syarikat penerbangan tambang murah yang terbesar di Asia itu, berkata ia mula mengetahui mengenai khabar angin tersebut apabila ia muncul dalam Ogos tahun ini dengan saham-saham syarikatnya aktif didagangkan.

"Ini berlaku hanya sebelum syarikat mengumumkan cadangannya pembelian kembali saham sehingga sepuluh peratus pada 18 September, 2015," katanya.

AirAsia sedang di dalam perbincangan dengan bank-bank tertentu bagi mendapat sebahagian pembiayaan untuk pembelian semula saham-saham tersebut.

Katanya, pekeliling untuk para pemegang saham sedang disediakan untuk mesyuarat agung luar biasa yang akan datang, kemungkinan dalam November tahun ini bagi mendapatkan kelulusan para pemegang saham untuk cadangan pembelian balik saham-saham ini.

AirAsia merupakan saham yang paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia pada waktu pagi hari ini, yang menyaksikan sahamnya naik sebanyak sembilan sen kepada RM1.34 dengan 69,75 juta saham diniagakan.
AirAsia, penswastaan, Bursa Malaysia

Artikel Lain