Parlimen dalam satu kenyataan di sini pada Rabu berkata pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan diadakan pukul 4 petang, pada hari Jumaat, 23 Oktober ini.
"Hari persidangan Dewan Rakyat ialah dari 19 Oktober sehingga 3 Disember depan," kata kenyataan itu.
Dewan Negara pula akan bersidang selama 10 hari bermula pada 7 Disember sehingga 22 Disember depan.
"Waktu persidangan ialah dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis," kata kenyataan itu.