KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh negara terus menunjukkan perkembangan positif dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekod tahap baik dan sederhana setakat 9 pagi Ahad.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 11 kawasan merekodkan bacaan IPU baik antaranya Limbang (26); Labuan (31); Tanah Merah (34); Kota Kinabalu (42); Keningau (46); Kangar, Tawau dan Bintulu (masing-masing 49).
Sebanyak 39 kawasan lagi mencatat IPU sederhana iaitu antaranya Bandaraya Melaka (80); Samarahan (81); Bukit Rambai (84); Kuching (82); Banting (86); Shah Alam (88) dan Pelabuhan Klang (90).
Port Dickson dan Seremban (masing-masing 79); Putrajaya (76); Nilai (75); Petaling Jaya (74); Sri Manjung dan Kemaman (masing-masing 71).