Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar bagaimanapun berkata tiada lagi tangkapan akan dibuat.
"Kami kini mempunyai empat suspek dalam tahanan, termasuk pemandu teksi.
"Kami tidak menjangkakan untuk membuat apa-apa penangkapan lagi," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.
"Terdapat lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan apabila maklumat mengenai penculikan menjadi viral.
"Penculikan adalah kes halus, di mana penculik mungkin melakukan sesuatu tindakan terburu-buru kepada mangsa jika mereka tahu pihak polis tahu mengenai mereka," katanya.