suria

UniKL Berpotensi Terajui TVET - Ismail Sabri

Ismail Sabri dilantik Pro Canselor UniKL.

PUTRAJAYA: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berpotensi menjadi peneraju dalam bidang Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di rantau Asia Tenggara.

Perkara itu disampaikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada majlis pemahsyurannya sebagai Pro Canselor UniKL pada Majlis Konvokesyen ke-12, Selasa.

"Saya menyasarkan sebanyak 50,000 mahasiswa dan mahasiswi akan belajar di sini menjelang 2020," katanya.

Tambah Ismail Sabri lagi, cadangan untuk menambah kampus-kampus cawangan di beberapa negeri termasuk di Pahang, Perlis, Perak, Pantai Timur, Sabah dan Negeri Sembilan akan terlaksana menjelang 2020.

Selain itu, katanya, pemahsyuran ini disifatkan sebagai satu penghormatan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab di universiti berkenaan.

"Pemahsyuran sebagai Pro Canselor UniKL ini adalah tanggungjawab baharu kepada saya dan ia penghormatan yang amat saya hargai," katanya.

Majlis itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Canselor UniKL.



UniKL, Ismail Sabri Yaakob, TVET

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain