suria

Imigresen Kedah Tahan 14 Pati Dalam 'Ops Sapu'

Gambar hiasan PATI di Kedah.

ALOR SETAR: Imigresen Kedah menahan 14 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar dalam 'Ops Sapu' di Kampung Jabi, Pokok Senaawal pagi Isnin.

Pengarah Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata 11 lelaki dan tiga wanita berumur 19 hingga 54 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen dalam operasi yang bermula 2.30 pagi.

"Kesemua mereka bekerja sebagai pekebun sayur di kampung itu sejak empat hingga sembilan bulan lepas dengan bayaran RM35 sehari," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Semua PATI itu ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Pati, imigresen Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain