suria

Isu Derma RM2.6 Bilion Akan dijawab di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Soalan-soalan yang dikemukakan ahli Parlimen mengenai dana politik AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dijawab pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman mengesahkan perkara ini dalam jawapan bertulisnya kepada Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Lim Lip Eng (DAP Segambut) yang mengemukakan soalan yang hampir sama mengenai dana tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh soalan itu akan dibahaskan.

“Pertanyaan ini akan dijawab secara serentak bersama dengan pertanyaan-pertanyaan lain yang mempunyai maksud yang sama pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dalam persidangan kali ini juga,” katanya .

Kit Siang bertanyakan kepada Najib tentang punca derma 1MDB, bagaimana wang derma itu digunakan dan siapa penerimanya.

Beliau juga ingin tahu sama ada perdana menteri membayar cukai, membuat deklarasi rasmi dan jumlah baki yang dipegangnya sekarang.

Sementara itu Lip Eng pula bertanya siapa yang memberikan derma itu dan tujuannya serta beberapa lagi soalan berkaitan.

Artikel Lain