suria

Pelajar Tingkatan Satu Nyaris Diculik Di Depan Sekolah

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki tingkatan satu  sekolah agama di sini mendakwa nyaris diculik tiga lelaki di hadapan sekolahnya, kira-kira pukul 4.15 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata mangsa yang berusia 13 tahun memberitahu, dia ditarik dua lelaki untuk masuk ke dalam van berwarna putih yang dipandu seorang lagi suspek.

"Mangsa sempat menggigit tangan seorang suspek sebelum melarikan diri dengan terjun keluar dari van setelah mendapati pintu kenderaan itu tidak ditutup rapat.

"Mangsa yang sedar dia berada di pekan Tikam Batu terus menghubungi bapanya menggunakan telefon awam untuk meminta pertolongan dan dibawa pulang ahli keluarganya," katanya.

Md Zukir berkata sewaktu ditangkap suspek terbabit mangsa tidak diugut atau dicederakan tetapi mendakwa suspek ada memberitahu dia akan dibawa ke Thailand.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa manakala kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Culik, Pelajar

Artikel Lain