suria

Pemandu Kereta Maut Dirempuh Treler

IPOH: Seorang pemandu maut apabila kereta dipandunya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan di Kilometer 38 Lebuhraya Timur-Barat arah Gerik ke Jeli dekat Tasek Banding di sini Selasa.

Pemandu kereta Ahmad Yusharil, 26 berasal dari Terengganu yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler Shahrum Yahya, 32, dan kelindannya Mohamad Fauzi Abu Hasan, 41, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdful Manaf Baharum berkata kejadian kira-kira 9 pagi itu berlaku apabila kereta yang dipandu Ahmad dikatakan terbabas dan melintang jalan ketika dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik.

"Treler yang datang dari arah Gerik dikatakan gagal mengawal kenderaanya lalu merempuh kereta itu," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa di hantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di hospital sama. - BERNAMA

maut, treler, Gerik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain