suria

Dua Maut, Dua Cedera Parah Dalam Nahas Di Teluk Intan

IPOH: Dua maut, manakala dua lagi cedera parah apabila  kereta yang dinaiki melanggar dua kenderaan lain di Teluk Intan pada malam Sabtu.

Kemalangan yang melibatkan kereta Perodua Kancil, Toyota Vios dan Proton Wira berlaku kira-kira pukul 10.30 malam di Kilometer 7, Jalan Maharajalela, Batu 4 di Teluk Intan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada pemandu Perodua Kancil yang hilang kawalan selepas memandu melalui jalan licin.

"Dua penumpang yang terselamat tersepit di celah rempuhan itu berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.

"Manakala lelaki yang memandu Toyota Vios dan lima sekeluarga dari Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.



Teluk Intan, Jalan Maharajalela

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain