suria

Ibu, Anak Rentung, Rumah Papan Musnah

KOTA KINABALU: Seorang ibu dan anaknya yang berusia lapan tahun terkorban dalam kebakaran yang memusnahkan rumah papan pada awal pagi di Tuaran dekat sini, Ahad.

Mayat rentung wanita berusia 48 tahun yang dikenali sebagai Fauziah dan anak lelakinya, Habiburahman ditemui di dua tempat berbeza di dalam rumah itu.

Pegawai bomba berjaya memadamkan kebakaran pada kira-kira pukul 5 pagi dalam kejadian kira-kira 35 kilometer dari bandar ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd Asnan Led berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.29 pagi dan tiba dilokasi kejadian beberapa minit kemudian.

"Difahamkan ada tiga keluarga tinggal dalam rumah dua tingkat itu dan mangsa tinggal di bahagian atas.

"Mungkin mereka cuba keluar ketika kebakaran berlaku tetapi gagal, bagaimanapun suami Fauziah berjaya menyelamatkan dirinya apabila terjun melalui tingkap yang menyebabkan kakinya patah," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui di bilik dan tandas di tingkat bawah kediaman itu.

 



Tuaran, Habiburahman

Artikel Lain