suria

Dua Beradik Gelandangan Mati Lemas

MIRI: Kegembiraan mandi di pantai berakhir dengan tragedi buat dua beradik dari keluarga gelandangan setelah kedua-duanya mati lemas di Pantai Tanjung Lobang pada pukul 4.30 petang Selasa.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh King berkata Nuraini Abdullah, 6, serta adik lelakinya Suhaid Abdullah, 5, sedang mandi berhampiran jeti batu di hadapan gerai tempat mereka tinggal tanpa diawasi ibu mangsa yang berusia 28 tahun.

"Ibu mangsa menyedari kehilangan kedua-dua anaknya setelah anak bongsu lelakinya berusia tiga tahun balik ke gerai itu berseorangan," katanya.

Law berkata ibu mangsa cuba mencari namun gagal dan operasi mencari dijalankan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.56 petang.

Menurutnya mayat mangsa ditemui di pesisiran pantai oleh pengawal keselamatan pada pukul 5.07 petang.

"Mangsa dipercayai terhantuk batu di tepi pantai selepas dipukul ombak," katanya lagi. - BERNAMA

adik beradik, gelandangan, lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain