suria

Bekas PM Perlu Bermaruah - Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri perlu bersara dengan bermaruah dan penuh rasa hormat, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menerusi kenyataan yang dilihat menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rahman berkata, tidak ada parti politik yang boleh bertahan tanpa pemimpin dan ahli yang berjuang secara bersama.

"Kita perlu ada budaya di mana bekas perdana menteri bersara dengan cara yang sewajarnya, dengan maruah.

"Perkara asasnya ialah disiplin dan tidak ada parti politik boleh hidup jika disiplin tidak dipatuhi oleh kedua-dua pemimpin dan pengikut," kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Rabu.

Sejak kebelakangan ini Dr Mahathir bertindak mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan memberi tekanan supaya Perdana Menteri itu melepaskan jawatannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan